“Empat set jana kuasa jenis kanopi dipindahkan dari Stesen Jana Kuasa Melawa milik SESB di Sepanggar untuk tujuan pemasangan stesen jana kuasa mini itu. SESB mengambil masa empat hari setengah untuk menyiapkannya,” kata SESB dalam kenyataan di sini Ahad.
Walau bagaimanapun, catuan bekalan elektrik secara bergilir akan dilaksanakan pada waktu beban puncak sekiranya permintaan tenaga elektrik melebihi kapasiti penjanaan sedia ada termasuk ‘reserve margin’ yang dipasang di Tenom.
Sementara itu, kerja-kerja pembaikan kerosakan serius yang dialami alat ubah di PMU Tenom akibat kebakaran di pencawang itu pada pagi 3 Jun lepas masih giat dijalankan dan dijangka dapat disiapkan lewat malam Ahad.
Pengguna di Tenom yang masih tiada bekalan elektrik akibat kejadian kebakaran alat ubah berkenaan diminta menghubungi talian Hotline SESB di 15454 atau 088-515000.