Sukan Hari Ini

Belanda Malukan Sepanyol 5-1

PIALA Dunia 2014 mencatat detik bersejarah pertamanya apabila Belanda membelasah Sepanyol 5-1 dalam satu perlawanan yang luar biasa di Salvador.

Juara itu tidak hanya ditewaskan, tetapi benar-benar dimalukan oleh pasukan Belanda yang dilihat mampu menjaringkan lebih daripada lima gol berbanding Sepanyol yang hanya mampu bertahan.

Namun, Belanda tidak mahu terbuai dengan kejayaan memalukan juara dunia Sepanyol dalam perlawanan pembukaan kumpulan B awal pagi Sabtu dan mahu terus fokus ketika berdepan Australia pada aksi seterusnya.

Van Persie dan Arjen Robben menyumbangkan dua gol bagi membalas dendam kekalahan mereka di pentas final empat tahun lalu.

“Kami tidak pernah berhenti menyerang dan pada pendapat saya, ia mampu menjadi enam, tujuh atau lapan gol. Saya pernah berada pentas ini sebelum ini, ia adalah kejohanan kelima buat saya, ia hanya tiga mata dan satu kemenangan.

“Kini kami perlu fokus untuk perlawanan seterusnya menentang Australia,” kata Van Persie yang juga pemain Manchester United.

Sepanyol juga sebenarnya membuat permulaan yang baik dan mempunyai beberapa peluang untuk mendahului menerusi peluang yang diperolehi menerusi Diego Costa.

Peluang yang pertama telah dinafikan oleh Ron Vlaar, manakala sentuhan lembab untuk peluang yang kedua membenarkan Daryl Janmaat menyelamatkan keadaan.

Penjaring – Belanda (R.van Persie 44′, 72′, A. Robben 53′, 80′, S. de Vrij 64′) Sepanyol 1 (X. Alonso 27′).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");