Sukan Hari Ini

Bisa kaki kiri Messi

Brazil Soccer WCup Argentina Bosnia

Rio de Janeiro: Ikon Argentina, Lionel Messi, membuktikan kehebatan apabila membantu skuadnya membuka jaringan pertama selain menyumbat gol kedua bagi mengetepikan cabaran Bosnia-Herzegovina, 2-1, pada saingan Kumpulan F, di Maracana, awal pagi ini.

Jaringan itu adalah yang pertama buat pemakai jersi nombor 10 di pentas Piala Dunia, sejak 21 Jun 1998 oleh Ariel Ortega ketika Argentina menang 5-0 ke atas Jamaica.

Tapi, pada saingan Piala Dunia 2002, Ortega turut gagal memperoleh gol buat skuadnya selain kegagalan Riquelme pada 2006 dan Messi pada penampilan piala dunia 2010.

Gol yang dicari barisan Argentina menerusi ayam tambatannya, Messi muncul pada minit ke-65 apabila penyerang itu merembat masuk di hujung gawang lawan, terkena tiang dan menerjah jaring Bosnia-Herzegovina.

Argentina yang tampak laju selepas gol kedua acap kali hinggap ke kawasan bahaya Bosnia-Herzegovina termasuk pada minit ke-82, apabila Messi membawa bola dari tengah padang, melorongkan kepada Aguero tetapi berjaya disekat Spahic.

Bagaimanapun, Bosnia-Herzegovina yang tidak putus menyerang akhirnya memperoleh gol sulung menerusi, Vedad Ibisevic pada minit ke-86, yang merembat dengan kaki kiri dan melapasi kangkang penjaga gol Argentina, Romero.

Argentina memperoleh gol perbukaan pada minit ketiga hasil kesilapan pemain lawan, Marcos Rojo yang terkuis bola masuk ke gawang sendiri berpunca daripada sepakan percuma Lionel Messi.

Biarpun dikejutkan dengan jaringan gol sendiri, barisan pemain Bosnia-Herzegovina dilihat menguasai bahagian tengah dan sesekali melakukan serangan yang agak meresahkan penyokong Argentina.

ARGENTINA: Sergio Romero; Pablo Zabaleta, Ezequiel Garay, Hugo Campagnaro, Federico Fernandez, Marcos Rojo, Maxi Rodriguez, Javier Mascherano, Angel Di Maria; Lionel Messi.

BOSNA-HERZEGONIVA: Asmir Begovic, Mensur Mujdza, Ermin Bicakcic, Emir Spahic, Sead Kolasinac, Muhamed Besic, Miralem Pjanic, Izet Hajrovic, Zvjezdan Misimovic, Senad Lulic, Edin Dzeko.

PENGADIL: Joel Aguilar (ESA)

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");