Membawang Hari Ini

Blended menghiburkan!

MASIHKAH anda ingat dengan gandingan Adam Sandler dan Drew Barrymore menerusi filem The Wedding Singer (1998) dan 50 First Dates sebelum ini?

Dek keserasian dua bintang ini menerusi filem 50 First Dates, mereka menerima penghargaan dalam Best On-Screen Team di MTV Movie Awards.

Kini, Sandler dan Barrymore digandingkan sekali lagi menerusi filem terbaharu Warner Bros Pictures, Blended arahan Frank Coraci dan naskhahnya ditulis oleh Ivan Menchell dan Clare Sera.

Kali ini, ia menceritakan kisah dua insan, iaitu ibu tunggal dan duda yang bersetuju untuk tidak mahu bertemu lagi selepas menjalani satu sesi temu janji.

Pun begitu, ketika dalam satu percutian dengan keluarga masing-masing, secara kebetulan mereka berdua terpaksa berkongsi bilik.

Lalu bermulalah pelbagai kisah lucu dek kerana percutian yang tidak disangka-sangka ini.

Selain Sandler dan Barrymore, Blended turut dilakonkan oleh Bella Thorne, Joel McHale, Wendi McLendon-Covey, Kevin Nealon, Jessica Lowe, dan Terry Crews.

Menariknya mengenai filem ini, Sandler dan Barrymore bersama pelakon lain akan menghiburkan anda dengan aksi yang cukup bersahaja.

Biarpun ada ketikanya agak ‘double meaning’, namun ia tidak terlalu melampau dan masih dapat menggeletek penonton.

Di tambah pula dengan sinematografi yang berlatar belakangkan suasana di Afrika Selatan sudah cukup memberikan sesuatu yang segar buat penonton.

Sandler, Barrymore serasi

Manakala dari sudut lakonan pula, mutu lakonan Sandler dan Barrymore sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi.

Biarpun filem ini tidak mempunyai cabaran yang berat, namun Sandler dan Barrymore berjaya mengemudi jalan cerita dengan baik tanpa perlu menandingi lakonan siapa yang paling menyerlah.

Dengan aksi yang cukup bersahaja, ia sudah cukup mencetuskan tawa penonton, ditambah pula dengan kehadiran pelakon kanak-kanak yang cukup bijak menarik perhatian penonton.

Justeru, bagi anda yang ingin menonton sendiri ‘kekecohan’ dan aksi bersahaja mereka ini, jangan lupa menyaksikan Blended di pawagam.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");