Sukan Hari Ini

‘Brazil belum cukup bagus’

brazil

Scolari tuntut pemain ganda komitmen, Neymar tak hirau tekanan

Goiania (Brazil): Tuan rumah Piala Dunia, Brazil mempamerkan persembahan berkualiti terutama pada babak kedua ketika membelasah Panama, 4-0 dalam perlawanan persahabatan, kelmarin.

Namun pengurusnya, Luiz Felipe Scolari, menuntut anaknya buahnya menggandakan komitmen kerana masih ada beberapa isu yang perlu diperbaiki.

Juara dunia lima kali itu bergelut di awal perlawanan sebelum Neymar memecah kebuntuan gol pada minit ke-27 diikuti jaringan Dani Alves, 13 minit kemudian sebelum Hulk menjaringkan gol ketiga pada babak kedua dengan gol keempat disumbang Willian.

“Kami masih mempunyai masa seminggu setengah lagi. Ia adalah masa yang baik untuk kami. Namun kekal bertenang, kami akan sampai ke tahap itu. Hari ini boleh dianggap baik namun saya masih mahukan sesuatu yang lebih.

Lambat panas

“Kami memperoleh masalah dengan peralihan. Ia dapat dilihat dengan jelas pada 20 minit awal permainan dan segala-galanya boleh menjadi berbeza menentang pasukan lebih baik.
“Jika saya diberi pilihan aksi babak mana lebih baik, saya memilih yang kedua di mana kami mempamerkan lebih banyak gerakan, pengawalan bola lebih baik dan lebih tangkas. Saya gembira dengan penghujung babak perlawanan dan seluruh babak kedua,” kata Scolari yang turut menghamburkan pujian kepada Neymar.

Selain meledak gol pembukaan, Neymar yang juga bintang Barcelona turut memperoleh dua peluang terbaik dan menjadi nadi kepada pergerakan Brazil berkata dia sudah bersedia untuk mengharungi Piala Dunia dan berdepan dengan tekanan yang menggunung.

“Saya sentiasa berada di dalam tekanan sejak kecil. Saya sudah bersedia,” kata Neymar.

Brazil akan membuka kempen Piala Dunia menentang Croatia di Sao Paolo pada 12 Jun yang juga perlawanan pertama Brazil di laman sendiri sejak tampil kali terakhir pada 1950. – Reuters

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");