Sukan Hari Ini

Brazil Pasukan Pertama Mara Ke Suku Akhir

TUAN rumah, Brazil menjadi pasukan pertama menempah tiket ke aksi suku akhir Piala Dunia selepas menewaskan Chile 3-2 melalui penentuan sepakan penalti pada perlawanan awal pagi Ahad.

Aksi penuh dramatik kedua-dua pasukan pada pusingan kalah mati ini terpaksa diheret ke masa tambahan selepas terikat 1-1 pada masa perlawanan sebenar.

David Luiz menjaringkan gol tunggal Brazil minit ke-18, namun Alexis Sanchez menyamakan kedudukan 14 minit selepas itu.

Babak kedua menyaksikan Hulk berjaya menambah jaringan kedua Brazil, namun tidak dikira selepas pengadil Howard Webb memutuskan bola terkena bahagian lengan pemain itu.

Kedua-dua pasukan gagal mencari gol kemenangan dalam tempoh masa tambahan sehingga membawa ke sepakan penentuan penalti.

Tiga sepakan penalti Brazil dilakukan David Luiz, Marcelo dan Neymar.

Manakala dua gol penalti Chile oleh Aranguiz dan Diaz.

Brazil bakal berdepan dengan Colombia atau Uruguay pada aksi suku akhir yang keenam pasukan kendalian Felipe Scolari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");