Jenayah

Budak rentung, OKU terselamat

mayat terbakar

Tenom: “Seorang gadis orang kurang upaya (OKU) menangis ketakutan di dalam bilik sejurus melihat anak saudaranya rentung. Saya sempat menarik gadis itu keluar dari dalam rumah yang terbakar,” kata Jerry, 26, yang cuba menyelamatkan dua mangsa kebakaran di Kampung Melalap di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi, Jerry bagaimanapun gagal menyelamatkan anak saudara gadis OKU itu dikenali sebagai Itham Nick Ivan berusia empat tahun.

Mangsa ditemui rentung di dalam sebuah bilik di dalam rumah itu sebaik api dipadamkan anggota bomba dan penyelamat.

Ketika kejadian, mangsa bersama OKU berusia 20-an dan seorang ibu saudaranya berada di dalam rumah, manakala bapa mangsa dipercayai pergi ke Hospital Tenom, di sini, untuk menghantar isterinya yang mahu bersalin.

Difahamkan, ibu saudara mangsa berusia 35 tahun memasak di dapur manakala gadis OKU itu berada di dalam bilik tidur sebelum kebakaran tercetus.

Ibu saudara mangsa yang menyedari kejadian itu bergegas keluar dari rumah meminta bantuan bagi menyelamatkan gadis OKU dan kanak-kanak lelaki yang terperangkap di dalam rumah.

-METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");