Sukan Hari Ini

Cengkaman awal Argentina hambar

fifa world

ARGENTINA memulakan kempen Kumpulan F, Piala Dunia 2014 dengan cengkaman hambar apabila sekadar mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Bosnia Herzegovina di Stadium Estadio Maracana, Rio de Janeiro, sebentar tadi.

Selepas mendahului anak buah Safet Susic seawal minit ke-3 hasil situasi bola mati diambil peledak La Albiceleste, Lionel Messi setelah pertahanan Bosnia, Sead Kolasinac tertampan gol sendiri sekaligus gol sendiri terpantas Piala Dunia aksi Argentina hambar walaupun menguasai perlawanan separuh masa pertama.

Messi kemudian sekali lagi mempamerkan kemahiran individunya apabila mengelecek dua pertahanan lawan sebelum merembat menewaskan Asmir Begovic untuk gol kedua minit ke-65.

The Dragons yang dibentuk 1992 selepas berpisah dari Yugoslavia tidak berputus asa kembali memberi saingan hasil penyerang VfB Sturtgart, Ibisevic minit ke-85 untuk keputusan 2-1.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");