Isu Panas

Daftar pemilih automatik masih dikaji

shahidan kassim 1

KUALA LUMPUR – Kerajaan masih mengkaji cadangan pendaftaran pengundi secara automatik bagi warganegara yang mencapai umur 21 tahun, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Katanya antara yang perkara yang perlu dipertimbang ialah Perkara 119 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan keperluan adanya daftar pemilih.

“Sekiranya cadangan (pendaftaran secara automatik) tersebut hendak dilaksanakan, ia memerlukan kajian yang lanjut dan mendalam sebelum sebarang pindaan dibuat pada peruntukan yang sedia ada,” katanya di Dewan Negara di sini hari ini.

Shahidan yang menjawab soalan Senator Datuk Seri Syed Ibrahim Kader juga berkata, selagi kajian itu tidak dijalankan, kerajaan tidak bercadang melaksanakan pendaftaran automatik.

Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan antara lain menyebut seseorang rakyat Malaysia mesti memohon untuk mendaftar sebagai pemilih serta terpulang kepada warganegara itu untuk memohon selepas dia berumur 21 tahun. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");