Isu Panas

Daftar pemilih: Pas dakwa kerajaan ‘lepas tangan’

SPR 1

SHAH ALAM – Sehingga Mei tahun lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didakwa masih gagal mendaftarkan hampir dua juta rakyat Malaysia yang telah mencapai usia 21 tahun sebagai pengundi.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pemuda Pas, Mohd Sany Hamzan mendakwa, sikap tidak serius dan ‘lepas tangan’ pihak kerajaan menjadi punca utama kegagalan itu.

“Kami beranggapan pihak kerajaan tidak menyokong dan memandang sepi iklan-iklan serta promosi berkenaan pendaftaran sebagai pengundi oleh pihak SPR selama ini.

“Sepatutnya pihak kerajaan yang menjadi pendokong kuat SPR di dalam memastikan setiap warga rakyat Malaysia yang layak mengundi telah diberikan hak mereka sebagai pengundi yang sah sebelum Pilihan Raya Umum yang akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Sany menambah, sudah sampai masanya kerajaan mewujudkan usahasama dengan semua jabatan kerajaan yang berkaitan dengan bancian rakyat.

Susulan itu, pihaknya akan melancarkan satu gerakan menuntut supaya pihak kerajaan dan SPR mewujudkan sistem pendaftaran secara automatik kepada rakyat Malaysia yang layak sebagai pengundi.

“Gerakan “AUTO21” yang diketuai Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat menyerahkan memorandum kepada SPR supaya sistem itu dilaksanakan dengan persetujuan kerajaan pada hari esok, jam 10.30 pagi di pejabat SPR, Putrajaya.

“Kemudian pada 5 Julai ini, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu pula akan melancarkan AUTO21 di Dataran Kompleks Membeli-belah Sogo, di ibu negara,” katanya lagi.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");