Sukan Hari Ini

Del Bosque panik?

bosque

MENYEDARI laluan sukar untuk ke pusingan kedua, jurulatih Sepanyol, Vicente Del Bosque bersedia merombak pasukan menjelang pertemuan menentang Chile, awal pagi Khamis ini.

Jelas Bosque, beliau mengesan beberapa kelemahan dalam pasukannya dan yakin ia mampu membuat La Roja kembali bernafas.

“Mungkin akan ada beberapa perubahan. Bagaimanapun kami tidak mahu terburu-buru kerana masih ada tempoh lebih 48 jam,” katanya.

Del Bosque terpaksa mengambil langkah drastik selepas juara bertahan itu dimalukan finalis Piala Dunia 2010, Belanda 5-1, dalam aksi pembukaan, Sabtu lalu.

Misi bertemu Chile boleh dianggap misi hidup mati buat La Roja, di mana lawan mereka sebelum ini mengumpul tiga mata selepas berjaya menumpaskan Australia, 3-1.

“Jika saya membuat perubahan, itu bukan merujuk kepada kesalahan individu dalam perlawanan menentang Belanda.

“Sebaliknya saya mahu mencari jalan yang terbaik dalam kejohanan yang pendek ini,” kata Del Bosque.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");