Jenayah

Dikeroyok jiran 4 beranak

gergaji

Kuala Terengganu: “Saya tidak berdaya membalas balik serangan empat beranak itu,” kata Mohd Amir Amzar Zanuwa, 23, yang hampir putus tangan kanan selepas mendakwa diserang dengan gergaji oleh seorang lelaki bersama isteri dan dua anak di Felda Kertih 5, Kampung Ketengah Jaya, Dungun, Jumaat lalu.

Kejadian jam 3 petang itu dipercayai berpunca apabila tukang rumah berkenaan bertanyakan mengenai SMS berbaur makian dihantar anak lelaki jiran sekampungnya yang berusia 17 tahun.

Ketika mangsa pulang daripada menunaikan solat Jumaat di kampung itu, dia berhenti di rumah keluarga suspek bagi mendapatkan penjelasan mengenai SMS berkenaan namun belum sempat bertanya, bajunya ditarik remaja terbabit dan berlaku pergelutan.

Pada masa sama, muncul ibu remaja lelaki berkenaan berusia 50-an yang memukul kepala mangsa dari belakang dengan sebatang kayu menyebabkan dia terjatuh ke dalam longkang berhampiran.

Mohd Amir Amzar berkata, dia yang mengerang kesakitan diserang dengan gergaji oleh suami wanita itu yang berusia 60-an.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");