Jenayah

Diperdaya kerana nak cepat kaya

polis 4

Berpura-pura mengenali masyarakat tempatan ko­nonnya ingin menjalin hubungan persahabatan selain mewujudkan kerjasama perniagaan antara taktik dikesan dilakukan anggota sindiket ‘Black Money’ yang rata-ratanya didalangi warga Afrika untuk mendekati mangsa sebelum menipu mereka dengan tawaran kekayaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Izani Abd Ghani berkata, biasanya anggota sindiket meng­gunakan kenalan mereka yang juga warga tempatan untuk memperkenalkan diri dengan mangsa dan menggunakan alasan menjalin kerjasama perniagaan mahupun berkenalan.

“Mangsa sebelum itu tidak me­ngetahui niat dan tujuan mereka diperkenalkan kepada sindiket berkenaan hinggalah bertemu dan berbincang mengenai urusan perniagaan yang boleh menjadikan mangsa kaya dalam sekelip mata iaitu ‘Black Money’.

“Kami mengesan sindiket meng­gunakan pujuk rayu dan cuba meyakinkan mangsa melalui demonstrasi mencuci wang kertas berwarna hitam dengan cecair khas yang kononnya dapat menukarkan wang kertas menjadi duit sebenar.

“Mangsa yang dikaburi dengan kekayaan ‘segera’ pasti tergoda, seterusnya melakukan urusan membeli wang kertas berkenaan,” katanya kepada Metro Ahad.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");