Jenayah

Dua kereta hangus terbakar di bengkel

kereta hangus

KOTA TINGGI – Dua kereta hangus, manakala enam kenderaan lain berjaya diselamatkan dalam kejadian kebakaran di sebuah bengkel di Felda Air Tawar 2, semalam.

Kejadian jam 1 petang itu menyaksikan kenderaan milik pelanggan bengkel terbabit iaitu sebuah Perodua Kenari dan juga Perodua Kancil musnah terbakar.

Pemilik bengkel, Khalid Azali, 51, berkata, bengkel itu sudah diusahakan selama tiga tahun di atas tapak sewa.

Menurutnya, kebakaran dipercayai berlaku disebabkan percikan api daripada kerja-kerja memotong besi yang terkena pada minyak.

“Ketika kejadian saya berada di bengkel bersama seorang pekerja. Sebanyak enam kenderaan berjaya diselamatkan hasil pertolongan penduduk kampung.

“Ada antara kenderaan tersebut yang terpaksa kami pecahkan cermin keretanya agar dapat mengalihkan kenderaan itu ke tempat selamat.

“Kami juga terpaksa mengangkat salah sebuah kereta yang terdapat di bengkel secara beramai-ramai untuk menyelamatkan daripada terbakar,” katanya ketika ditemui ketika menerima kunjungan prihatin daripada Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Tinggi, Rasman Ithnain.

Hadir sama, Ketua Pemuda Umno Bahagian Kota Tinggi, Muhammad Fadzli Hasan dan Ketua Kampung Felda Air Tawar 2, Sharon Ab Rahmat.

Sementara itu, Ketua Cawangan Siasatan Kebakaran Zon Kota Tinggi, Firdaus Ahmad berkata, pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan jumlah kerugian dialami mangsa susulan kebakaran berkenaan.

Katanya, dua jentera dikerah ke lokasi kejadian dengan kekuatan 11 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Daerah Kota Tinggi.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");