Membawang Hari Ini

Elfaeza nafi jalin hubungan dengan Zul

ADA sumber mendakwa pelakon kelahiran Singapura, Elfaeza Ul Haq bercinta dengan pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin.

Sumber tersebut mendakwa terdengar perbualan seorang wanita dengan Zul pada majlis Seindah Ramadan & Anugerah Syawal anjuran TV3 dan TV9 baru-baru ini.

Kata sumber tersebut, wanita itu telah meminta kekasih kepada penerbit filem Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai itu menjaga Elfaeza dengan baik.

Kosmo! cuba menghubungi Zul untuk bertanyakan akan hal itu. Malangnya pelakon berusia 28 tahun itu tidak menjawab panggilan telefon dan juga tidak manjawab kiriman WhatsApp.

Sementara itu, Elfaeza yang ditemui Kosmo! baru-baru ini menjawab mengenai dakwaan tersebut.

Luah pelakon kelahiran Singapura itu, dia dan Zul hanya sekadar teman rapat.

Ikuti temu bual Kosmo! selanjutnya mengenai gosip tersebut.

Kosmo!: Ada sumber mendakwa Elfaeza dan Zul kini bercinta. Benarkah?

ELFAEZA: Memang kami rapat tetapi sekadar kawan sahaja. Sama seperti saya berkawan dengan pelakon-pelakon lain.

Bagaimana pula dakwaan sumber tersebut mengenai seorang wanita cuba menasihati Zul sepaya menjaga anda dengan baik?

Apabila kita rapat, orang mula salah faham. Mungkin dia teruja disebabkan itu dia cakap seperti itu. Kami hanya berkawan.

Sejak bilakah anda mula rapat dengan Zul?

Sejak kami bekerjasama dalam drama, Janji Adam. Tambahan pula kami tinggal berdekatan.

Ada gosip mengatakan hubungan Gayatri dan Zul kini tidak begitu lancar. Adakah ia disebabkan anda?

Itu hal dia, saya tidak berani hendak cakap apa-apa. Tidak ada kena mengena dengan saya.

Disebabkan tinggal berdekatan, adakah anda berdua kerap berjumpa?

Kami selalu pergi makan dan minum sama-sama. Tetapi bukan berdua. Kami pergi dengan kawan-kawan yang lain. Jadual kerja (lakonan) kami tidak sama, jadi tidaklah selalu berjumpa.

Apakah yang menyebabkan anda selesa berkawan dengan Zul?

Dia seorang yang sangat kelakar, baik hati, pemurah dan bijak. Kita dapat berbual tentang apa-apa sahaja dan dapat berdebat mengenai isu yang dilontarkan.

Adakah Zul lelaki paling rapat dengan anda sekarang?

Hubungan saya dengan dia hanya kawan rapat. Sama juga hubungan saya dengan pelakon Shah Iskandar. Saya juga rapat dengan Shah. Kalau saya berjumpa dengan seseorang yang saya selesa dan baik, saya akan rapat dengan orang tersebut. Jadikan dia kawan yang penting. Bukan semua orang serasi dengan kita. Kebetulan dia lelaki. Tetapi ia tidak bermakna kami bercinta.

Adakah dia bercerita mengenai masalah hubungannya dengan Gayatri?

Ada atau tidak saya tidak boleh kongsikan. Bukan hak saya untuk membincangkan benda peribadi dia.

Bagaimana kalau satu hari anda ditakdirkan bercinta dengan Zul?

Saya tidak pernah terfikir hubungan kami lebih daripada seorang kawan. Lagipun dia sekarang bersama Gayatri.

Adakah anda mempunyai teman lelaki?

Saya tiada teman lelaki. Tidak pernah adapun. Masih solo.

– Kosmo

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");