Jenayah

Empat maut, tujuh cedera

maut lagi 1

Temerloh: Empat maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta yang dinaiki 11 individu di Kilometer 134 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran susur keluar tol Temerloh, di sini, awal pagi tadi.

Kejadian jam 4.30 pagi itu menyebabkan empat lelaki berusia 20an termasuk tiga warga Myanmar maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan anggota badan.

Pemangku Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)Pahang Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda Accord yang dipandu seorang lelaki tempatan bersama sepuluh penumpang disyaki warganegara Myanmar.

Katanya, mangsa yang terbunuh adalah pemandu kereta, Che Mohd Azuwan Che Hashim, 30, dari Tanah Merah, Kelantan manakala tiga lagi mangsa masih tidak diketahui identiti mereka kerana tiada sebarang pengenalan diri ditemui.

“Nahas dipercayai berlaku ketika mereka dalam perjalanan dari Rantau Panjang, Kelantan menghala ke Kuala Lumpur.

“Siasatan awal mendapati kenderaan dinaiki mereka terbabas ke kiri jalan lalu terbalik menyebabkan empat mangsa tercampak keluar dan mati di tempat kejadian,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");