Membawang Hari Ini

Ernie terus mencuba

ernie

Pernah menjadi juara Bintang RTM pada 2009, penyanyi Ernie Zakri, 22, mengakui rasa terpinggir selama berada dalam industri hiburan.

Baginya, gelaran juara yang dimiliki seperti tidak memberi kesan apa-apa walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan.

Namun, dia tidak pernah berputus asa, sebaliknya terus mencuba dan terbaru, Nur Ernie Shahirah Zakri ini tampil dengan ‘single’ berjudul Sedetik Cinta.

Sedetik Cinta ciptaan Puteri Cahaya adalah sebuah lagu ‘moderate’ yang hanya mengambil masa satu setengah jam untuk dirakamkan.

Ernie mahu pendengar disajikan dengan muzik yang santai dan boleh didengar oleh semua golongan.

“Saya rasa terkilan dengan apa yang berlaku, kadang-kadang tertanya-tanya juga kenapa keadaan ini harus saya lalui. Namun, ia sedikitpun tidak pernah mematahkan semangat saya untuk terus berkarya.

“Mungkin juga saya kurang dikenali akibat kurang mendapat liputan di media walaupun sering menjayakan pelbagai persembahan pentas.

“Selain itu, kesibukan de–ngan pengajian yang bakal habis tidak lama lagi antara sebab saya kurang diberi publisiti untuk mempromosikan diri biarpun pernah menghasilkan album sulung berjudul Sinaran, tiga tahun lalu,” katanya yang kini sedang menjalani latihan praktikal di Istana Budaya.

Ernie kini pada tahun akhir pengajian Ijazah Sarjana Muda Muzik dan Persembahan di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.

Bakal menyambung pengajian dalam peringkat sarjana, Ernie memilih untuk melanjutkan pengajian ke luar negara jika sambutan terhadap lagu Sedetik Cinta kurang memberangsangkan.

“Saya begitu mencintai bidang nyanyian dan sejak kecil saya sudah didedahkan dengan muzik. Jadi, jika rezeki tidak berpihak sebagai penyanyi, saya bercadang menjadi pensyarah muzik apabila berjaya menamat­kan pengajian sarjana nanti.

“Bukan kecewa, sebaliknya saya harus berfikir jauh. Mung–kin rezeki tidak berpihak sebagai penyanyi dan sekurang-kurangnya saya dapat berkongsi apa yang saya miliki dengan mendidik orang lain menjadi seorang penyanyi.

“Apa pun, untuk waktu sekarang saya akan memberi fokus terhadap ‘single’ Sedetik Cinta dan berharap ia akan diterima masyarakat,” katanya yang juga anak saudara Ziana Zain ini.

Menyimpan harapan supaya dapat berduet dengan Ziana Zain dan Anuar Zain, Ernie berkata, kedua-dua penyanyi berkenaan adalah semangat untuknya meneruskan perjuangan dalam bidang seni.

“Saya mengagumi mereka berdua bukan hanya kerana mereka adalah bapa dan ibu saudara, tetapi melihat perkembangan masing-masing sejak awal kemunculan mereka lagi.

“Sikap ramah yang tidak berbelah bahagi terhadap semua orang yang dikenali ataupun tidak, saya harap dapat menjadi seperti mereka satu hari nanti,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");