Jenayah

Geng sawan sasar penumpang bas

Geng sawan dianggotai sekurang-kurangnya lima ahli mengganas di Johor terutamanya dalam bas yang berulang-alik antara Kulai dengan Johor Bahru.

China Press melaporkan, salah seorang penjenayah akan menyamar sebagai pesakit yang diserang sawan dan memegang kaki mangsa yang duduk berhampiran.

Pada ketika fikiran mangsa bercelaru, ahli geng lain pula menghampiri dan mengambil kesempatan untuk mencuri dompet dan barang berharga lain.

Salah seorang penumpang bas berumur 24 tahun memberitahu, suaminya telah menjadi mangsa geng sawan ketika menaiki bas dari Skudai ke Melaka.

“Seorang penumpang di kawasan berhampiran tiba-tiba diserang ‘sawan’ dan memegang kaki suami saya, empat penumpang lain turut datang menghampiri kami.

“Dalam sekejap sahaja, penumpang ‘sawan’ kelihatan telah pulih dan menekan butang untuk turun bas.

“Selepas itu, kami menyedari bahawa dompet yang mengandungi kira-kira RM1,500 telah hilang,” katanya.

Tambah mangsa itu, suaminya pernah terserempak semula dengan ahli geng sawan dalam bas lain dan bertindak meneking apabila melihat mereka cuba menggunakan modus operandi sama untuk melakukan jenayah.

“Keadaan itu menyebakan saya ditampar, mereka turut menggunakan penyembur lada hitam untuk menyerang saya,” katanya.

– China Press

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");