Sukan Hari Ini

Gerrard dilantik kapten England

MIAMI – Pemain tengah Liverpool, Steven Gerrard bakal dilantik menjadi ketua pasukan England buat kali kedua pada Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2014 di Brazil kali ini.

Bagaimanapun, beliau percaya ini merupakan kali pertama beliau memikul tanggungjawab tersebut ‘sepenuhnya’ berbanding ketika pasukannya dikendalikan oleh Fabio Capello di Afrika Selatan empat tahun lalu.

Gerrard sebelum ini menggalas tugas sebagai kapten selepas pilihan pertama, Rio Ferdinand tercedera dan John Terry berdepan tekanan ekoran beberapa siri kontroversi.

“Capello tidak begitu mempercayai saya memainkan peranan tersebut, berbeza dengan Roy (Hodgson) kini. Saya tidak tahu tetapi, saya fikir dia mempercayai saya sebagai pemain dan hubungan kami sangat baik.

“Saya gembira berkerja bersama beliau (Capello) tetapi, ketika pemilihan ketua pasukan, Rio Ferdinand dan John Terry masih ada.

“Mungkin beliau fikir kedua-dua mereka mampu memberi suatu yang berbeza berbanding saya atau sememangnya itu pilihannya. Kini saya sedar bahawa saya adalah pilihan pertama Roy dan ia memberikan saya keyakinan ,” katanya.

Bagaimanapun, beliau percaya bahawa pelantikannya sebagai ketua pasukan tidak akan mengubah sikapnya sebagai pemain senior di dalam pasukan yang dibintangi pemain muda.

Katanya, walaupun lilitan berada di lengannya namun, beliau mahu Frank Lampard, Wayne Rooney dan Phil Jagielka bersama mengetuai pasukan dan memberikan sokongan kepadanya untuk mempamerkan aksi yang terbaik.

“Ada dua pemain di setiap posisi yang bersaing untuk dipilih di dalam kesebelasan utama. Saya fikir jurulatih kami mampu untuk memilih yang terbaik.

“Saya fikir mereka (pemain muda) membawa bersama prestasi terbaik mereka ketika bersama pasukan kelab dan ia memberi kelebihan kepada pasukan kami. Itu yang saya dapat perhatikan dan berharap ia mampu diteruskan dalam kejohanan kali ini,” ujarnya. –

– AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");