Jenayah

GRO ditahan malam Ramadan

gro ditahan

PETALING JAYA – Seramai 57 wanita warga asing dipercayai gadis pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pub di sini, ditahan dalam Ops Noda pada malam pertama Ramadan, semalam.

Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Deputi Superintendan Abdul Ghaffar Ahmad berkata, 56 daripadanya adalah warga Thailand, manakala seorang dari Laos berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun.

Menurutnya, ketika serbuan mereka sedang leka melayan pelanggan masing-masing.

“Siasatan dapati tiada aktiviti seks di premis berkenaan. Tapi, mereka dapat tips daripada kalungan bunga yang diberikan pelanggan.

“Selain itu, seorang lelaki tempatan dipercayai pengurus premis ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Abdul Ghaffar berkata, selain itu, seramai 18 lelaki warga asing juga ditahan dipercayai pekerja premis berkenaan.

Katanya, mereka terdiri enam warga Thailand, tiga Pakistan, empat Bangladesh, dua Myanmar dan tiga warga Nepal.

“Tindakan diambil di bawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Serbuan dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Kontinjen Selangor.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");