Berita Hari Ini

Harga mentega, gula proses naik

Ramadan yang bakal tiba muncul 12 hari lagi pasti mencabar bagi poket rakyat Malaysia. Apa lagi kalau bukan disebabkan kenaikan harga barangan.

Setakat ini peniaga-peniaga di pasar sudah pun memberi amaran akan kenaikan barangan tertentu seperti daging dan santan.

Kenaikan baru yang bakal dihadapi oleh peniaga ialah barangan bakeri. Ini bermakna harga biskut raya yang dijual di pasaran pasti naik.

Kalaupun tidak membeli biskut raya, pastinya suri rumah terpaksa berbelanja lebih untuk membuat biskut raya.

Pemilik kedai bakeri di Dataran Sunway, Kota Damansara yang dikenali sebagai May memberitahu, harga mentega yang diimport dari Australia dan New Zealand pasti akan naik menjelang Ramadan ini.

Katanya, mentega jenama Anchor sudah dinaikkan sebanyak RM1 bulan lalu manakala harga mentega Buttercup seberat 3.8 kilogram pula naik kepada RM52 berbanding RM47 sebelum ini.

“Saya tidak tahu kenapa bekalan mentega dari Australia dan New Zealand naik. Bila pembekal naikkan barang jadi peniaga kena naikkan harga juga,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Kenaikan harga mentega juga menyebabkan harga keju naik antara RM1 hingga RM3 bergantung kepada jenisnya.

Selain mentega, harga kekacang juga diramal dinaikkan mulai akhir bulan ini, seperti yang dinyatakan oleh pembekal.

Walaupun gula adalah barangan kawalan tetapi harga bahan-bahan berkaitan gula yang diproses dijangka seperti gula halus dan gula-gula warna, tambah May lagi.

Kata May, setakat ini harga tepung campuran masih kekal seperti harga tahun lalu.

Beliau menambah, kenaikan harga barangan bakeri ini juga membuatkan peniaga seperti berasa susah hati kerana pelanggannya merupakan adalah pelanggan runcit.

“Kalau banyak barang naik, jumlah pembelian akan berkurangan kerana di pasaran banyak pilihan biskut yang dijual dengan pelbagai harga, yang beza hanya sedap atau tidak.

“Untuk membantu perbelanjaan, kami terpaksa mempelbagaikan saiz barangan supaya pengguna boleh membeli berdasarkan keperluan sahaja,” ujarnya.

– MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");