Berita Hari Ini

Hari Bapa: Lakukan Yang Terbaik Untuk Keluarga – PM

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua rakyat Malaysia yang bergelar bapa sambil mengingatkan mereka mengenai kepentingan melakukan yang terbaik untuk anak dan keluarga mereka.

Dalam mesej sama, Najib turut memberi penghormatan kepada Almarhum bapanya, perdana menteri Malaysia yang kedua Tun Abdul Razak Hussein, dan mengakui sumbangan beliau atas kejayaannya sekarang.

“Saya tidak akan menjadi sesiapa pada hari ini jika bukan kerana bapa saya.

“Biarlah kita diingatkan bahawa sebagai bapa, melabur bagi kehidupan keluarga kita adalah suatu langkah yang amat bijak daripada menumpukan seluruh tenaga kita dalam perkara yang akan hilang selepas kita telah tiada.

“Warisan paling hebat yang boleh ditinggalkan adalah anak-anak,” kata Najib dalam entri Facebook beliau pada Ahad.

Hari Bapa adalah sambutan bagi menghormati seorang bapa, hubungan seorang bapa dan pengaruh bapa dalam masyarakat.

Di Malaysia, Hari Bapa disambut pada hari Ahad ketiga dalam bulan Jun, yang jatuh pada hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");