Jenayah

Ibu jumpa bilah pisau dalam makanan bayi

MCLEAN menemui serpihan bilah pisau (dalam bulatan) sepanjang dua sentimeter dalam bungkusan makanan bayi yang dibeli di sebuah pasar raya di Adelaide, Australia. Agensi:-

ADELAIDE – Seorang ibu, Danni McLean terkejut sewaktu menyediakan makanan untuk anaknya apabila menemui serpihan bilah pisau dalam makanan bayi yang dibeli di sebuah pasar raya di sini, lapor portal Mirror.co, kelmarin.

Serpihan bilah pisau sepanjang dua sentimeter itu ditemui dalam bungkusan makanan bayi daripada jenama Wollworths.

Pihak pasar raya yang menerima aduan tersebut kemudian bertindak meminta ibu bapa yang membeli makanan bayi berkenaan supaya memulangkan semula produk itu.

“Saya berasa sesuatu ketika memerah makanan tersebut di dalam mangkuk dan ternyata objek itu bilah pisau,” katanya McLean.

Pihak pengeluar makanan bayi Woolworths dalam satu kenyataan segera telah memohon maaf kepada pelanggan dan memberi jaminan menjalankan siasatan lanjut.

“Kami akan meneruskan siasatan dan percaya ini merupakan satu kes terpencil. Kami telah menarik semula semua produk yang berada di pasaran,” kata jurucakap Woolworths.

– Agensi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");