Membawang Hari Ini

Jelitanya kekasih Engku Emran

Wah, sama cantik sama padan rupanya. Patutlah tengah hangat di lamun cinta. Status pula selalu jiwang-jiwang di Instragram.

Inilah wajah yang dikatakan kekasih hati Engku Emran. Namanya Adeena Richardson. Cantik nama secantik orangnya.

Bekas suami Erra Fazira baru-baru ini heboh apabila didakwa sudah memiliki pengganti. Bukan apa, sebelum ini Engku Emran tidak pernah bercakap soal kekasih hatinya tetapi selepas tamat edah nampaknya dia sudah semakin terbuka.

Macam petanda tak lama lagilah agaknya majlis dan hari bahagia itu.

Adeena adalah seorang arkitek dan khabarnya berumur lewat 20-an. Yang menarik, wanita itu memiliki darah campuran dan pandai bercakap dalam bahasa Arab.

Untunglah Engku Emran (gambar bawah). Boleh pandai cakap bahasa Arab pula nanti. Jadi, apa tunggu lama-lama. Bila lagi hendak makan nasi minyak?

Kalau sudah suka sama suka, jangan buang masa lagi. Sekurang-kurangnya Engku Aleesya ada juga kasih sayang ibu baharu.

Apa yang penting bila sampai masanya, harap-harap Engku Emran tidak akan menyorokkan cerita berkenaan dari pengetahuan pihak media.

Iyalah, walaupun Engku Emran bukan artis tapi tetap orang kenal kerana bekas suami kepada primadona tersohor. Lagi pun zaman selebriti kahwin sorok sudah berlalu dan hal yang baik eloklah dikongsi bersama.

Bagi tahu awal-awal ya Emran, nanti senang tetamu hendak tempah baju. Nak sedondon dengan pengantin dan sesuai dengan tema majlis nanti. –

– MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");