Jenayah

JHEAT giat operasi ponteng puasa

mohd rozali

KUALA TERENGGANU – Umat Islam yang tidak menghormati Ramadan terutama makan di tempat terbuka waktu siang hari bakal berdepan tindakan tegas daripada pihak pejabat agama.

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Datuk Mohd Rozali Saleh berkata, pihaknya akan menggiatkan usaha membendung maksiat sepanjang bulan puasa ini bagi memastikan umat Islam sentiasa menjaga imej dan kesucian agama.

Menurutnya, pihaknya juga akan memberi perhatian di kawasan termasuk di jirat Cina yang sering dijadikan ‘port’ ponteng puasa oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Penguatkuasaan akan dilakukan di kawasan yang telah kita kenal pasti termasuk di tempat-tempat awam,” katanya kepada pemberita, di sini.

Mohd Rozali berkata, individu yang ditahan boleh dikenakan denda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan
.
Bagaimanapun katanya, kali ini pihaknya tidak lagi menggunakan van jenazah untuk mengangkut mereka yang ponteng puasa.

Sementara itu, beliau turut menasihatkan orang Islam mengambil peluang mengejar kebajikan dan memperbanyakkan amal ibadah sepanjang bulan mulia ini.
Menurutnya, Ramadan adalah bulan terbaik kerana pahala dan amal kebajikan dibalas berkali ganda berbanding bulan lain.

“Amalan wajib akan digandakan sebanyak 70 kali ganda. Ini adalah kemudahan yang ALLAH berikan kepada umatnya di mana diberi ganjaran berganda. Jadi kita patut ambil peluang ini,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut berharap golongan majikan memberi kelonggaran kepada pekerja untuk bercuti pada 10 malam terakhir terutama yang mahu melaksanakan ibadah bagi mengejar fadilat lailatul qadar.

Katanya, ia akan memberi kemudahan kepada pekerja mereka memberi tumpuan untuk bertemu malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan.

“Cuba kita fikir macam mana kita ingin berhadapan dengan ALLAH di padang mahsyar, sedangkan orang lain pahala menggunung tetapi kita bagaimana?

“Kalau kita dapat bertemu lailatul qadar itu, ia lebih baik berbanding mereka yang sentiasa beribadah kepada ALLAH, tetapi tidak pernah jumpa malam tersebut. Jadi majikan patut kaji perkara ini,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");