Sukan Hari Ini

Joachim Low Puji Aksi Muller

Muller meraikan jaringannya ketika membantu menewaskan Portugal 4-0 dalam saingan kumpulan G Piala Dunia Brazil awal pagi Selasa:-

JOACHIM Low menghamburkan pujian ke atas Thomas Muller selepas pemain itu berjaya membantu Jerman membenam Portugal 4-0 dalam saingan kumpulan G Piala Dunia awal pagi Selasa.

Muller memecah kebuntuan menerusi penalti pada minit ke-12 sebelum terus meletakkan pasukannya di depan dengan melengkapkan hatrik.

Selain itu, Mats Hummels turut membantu pasukannya menambah beban Portugal yang dipimpin bintang dunia, Cristiano Ronaldo.

Muller, 24, yang menjadi bintang Jerman bagaimanapun turut terpalit oleh kontroversi pada minit ke-37 yang berakhir dengan pertahanan Portugal, Pepe dilayangkan kad merah.

Pepe dikatakan telah melakukan kekasaran terhadap Muller ketika berlaku perebutan di kawasan gol Portugal.

Berikutan insiden itu pengadil dari Serbia, Milorad Mazic menghukum Portugal untuk beraksi 10 pemain pada perlawanan pertama mereka.

Low yang teruja dengan aksi Muller berkata, “Dia (Muller) melakukan kerja yang hebat untuk Jerman.

“Dia membuatkan pertahanan lawan menjadi sibuk, membuka jurang dengan menjaringkan gol,” katanya.

Jurulatih berusia 54 tahun itu memberitahu, Jerome Boateng dan Hummels juga mempamerkan aksi yang memukau kerana berjaya menutup peluang penyerang lawan menjaringkan gol.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");