Isu Panas

JPP, JK Disiplin wajib siasat dakwaan

nurul izzah 1

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR digesa menyiasat segala dakwaan yang mengaitkan cubaan sabotaj ketika pengiraan undi pemilihan parti itu susulan kejadian “blackout” pada tengan malam Rabu lalu.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menegaskan segala ketidakpuasan anggota parti terhadap kejadian itu wajib disiasat segera memandangkan banyak kelemahan berlaku ketika pemilihan dijalankan sejak akhir April lalu.

“Kita sedar bahawa banyak kelemahan yang berlaku dalam pemilihan PKR dan saya juga terkesan daripada insiden itu.

“Saya sendiri telah melahirkan ketidakpuasan hati dan sebarang dakwaan wajib disiasat sebaik mungkin oleh pihak JPP dan Jawatankuasa Disiplin,” katanya kepada pemberita selepas Dialog Jenayah bersama Ketua Polis Daerah Brickfields, di Bangsar, di sini, malam tadi.

Semalam, Pengerusi JPP PKR, Datuk Johari Abdul menafikan spekulasi kejadian ‘blackout’ ketika proses pengiraan undi pada pemilihan parti tengah malam Rabu lalu sebagai satu perbuatan sabotaj.

Mengulas lanjut, Nurul Izzah menambah, satu jawatankuasa reformasi pilihan raya di peringkat PKR perlu ditubuhkan segera bagi mengatasi kelemahan sepanjang pemilihan parti.

“Ada kemungkinan jawatankuasa reformasi pilihan raya ditubuhkan di peringkat parti untuk mengurangkan bebanan proses pengundian terus ini memakan masa, belanja dan usaha yang besar.

“Saya mahu membawa kembali kepada tujuan kita mewujudkan parti keadilan rakyat untuk menang pilihan raya umum,” katanya lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");