Jenayah

Jubah tinggal kenangan

pusara 1

Ipoh: “Arwah sudah membeli jubah berwarna krim untuk dipakai pada Aidilfitri ini untuk semua anak kami ketika mengerjakan umrah di Makkah pada hujung April lalu. Saya berasa amat terkilan kerana hasrat arwah suami untuk melihat semua anaknya memakai jubah sama tidak kesampaian.

“Jubah itu akan menjadi kenangan untuk kami sekeluarga sepanjang hayat kerana ia barangan terakhir dibeli arwah kepada keluarga kami,” kata Nor Anidah Ahmad Nawawi, 41, isteri kepada Asisten Superintendan Mior Fahim Ahmad, 39, yang dipercayai lemas akibat terjatuh di air terjun Sungai Tengku, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Banun, Gerik, petang kelmarin, sebelum mayatnya ditemui pagi semalam.

Nor Anidah berkata, pemergian mereka berdua mengerjakan umrah juga dirancang arwah suami kononnya sebagai kejutan untuk dirinya.

Menurutnya, suaminya begitu teruja ketika di Makkah dan memberitahunya ingin melihat mereka sekeluarga mengenakan pakaian jubah berwarna sama pada tahun ini.

Katanya, arwah tidak menunjukkan sebarang tanda pelik selepas pulang mengerjakan umrah sehinggalah pagi sebelum kejadian arwah menghubunginya sebelum memasuki tempat kejadian.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");