Jenayah

Judi bola Piala Dunia

periksa prbarisan

BERUAS – Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman telah mengenal pasti senarai nama sindiket judi bola sepak online sepanjang perlawanan Bola Sepak Piala Dunia Fifa 2014 yang bakal membuka tirai perlawanan Jumaat ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata, kerjasama dengan semua pihak diadakan bagi memeranginya.

Menurutnya, sementara orang ramai diingatkan supaya tidak terlibat dengan perjudian bagi mengelak dikenakan tindakan.

“Kita telah mengenal pasti senarai sindiket perjudian online ini dan hanya menunggu masa untuk bertindak.

“Kerjasama akan dilakukan menerusi unit forensik PDRM dengan bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memantau aktiviti perjudian bola sepak itu,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Balai Polis Beruas di sini semalam.

Tambahnya, perisik juga turut mengenal pasti sindiket perjudian luar negara yang terlibat.

“Kita juga tidak boleh mengatakan mana-mana negeri tertentu yang menunjukkan aktiviti perjudian itu agak tinggi atau sebaliknya kerana kita sedaya upaya akan membanteras kegiatan berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu , Hadi berkata, Balai Polis Beruas yang dilengkapi kemudahan itu bukan sahaja untuk keselesaan semasa bertugas namun diharapkan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan.

“Ini terbukti apabila indeks jenayah di Perak bagi tempoh enam bulan pertama menunjukkan penurunan lapan peratus. Masyarakat juga harus beri kerjasama kepada polis dalam menjalankan tugas mereka supaya sama-sama dapat menangani jenayah,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");