Jenayah

Kakak, abang ipar terapung dalam air

mayat terapung

Alor Setar: “Luluh hati saya melihat mayat kakak dan abang ipar terapung dalam air di terusan itu bersama motosikal yang ditunggangi mereka,” kata Rozhan Jaafar, 41, adik kepada Nor Hanida Jaafar, 51, yang maut bersama suaminya, Abd Muin Hamzah, 56, selepas motosikal Kriss dinaiki mereka terbabas ke dalam Terusan Wan Mat Saman, semalam.

Dalam kejadian jam 6.45 pagi semalam, pasangan suami isteri itu meninggal dunia di tempat kejadian di Batu 8, Jalan Sungai Petani-Alor Setar, Kota Sarang Semut yang terletak kira-kira 15 kilometer dari rumah mereka di Kampung Batu Menunggol, Pendang.

Pasangan terbabit yang masing-masing cedera parah di kepala dan badan ditemui terapung dalam air berselut di dalam terusan berkenaan.

Rozhan yang juga adik keenam Nor Hanida berkata, dia hanya mengetahui kejadian menimpa kakak dan abang iparnya selepas dihubungi anak mangsa yang memaklumkan ibu bapa mereka terbabit dalam kemalangan.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak dimaklumkan mengenai keadaan pasangan itu sebelum bergegas ke tempat kejadian untuk melihat apa yang berlaku.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");