Jenayah

Kapal TLDM berjaya tumpas cubaan lanun

tldm

SHAH ALAM – Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Terengganu berjaya mematahkan cubaan lanun untuk menawan sebuah kapal tangki, MT AI MARU, semalam.

Kapal tangki tersebut yang membawa 1000 tan metrik Marine Gas Oil telah ditawan lanun semalam kira-kira jam 8.30 malam di 30 batu nautika selatan Pulau Aur, Johor.

Sebaik menerima laporan, TLDM telah menggerakkan KD Terengganu untuk memintas.

Dalam satu kenyataan sebentar tadi, TLDM memaklumkan, KD Terengganu berjaya memintas kapal lanun dan menghampiri MT AI MARU.

“Lanun menyedari kehadiran KD TERENGGANU yang menghampiri MT AI MARU telah melarikan diri menggunakan bot laju ke perairan antarabangsa.

“Semua kru kapal dipercayai dalam keadaan selamat dan minyak yang dibawa juga tidak dapat dilarikan,” lapor kenyataan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, KD Terengganu sedang melaksanakan pemantauan rapi ke atas MT AI MARU bagi mendapatkan status kru kapal serta mengesan baki penjenayah sekiranya ada.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");