Perak Hari Ini

Karnival Keusahawanan Peringkat Perak Berlangsung DI RTC Gopeng Pada 20-22 Jun

PERAKTODAY

Lebih 15,000 pengunjung dijangka memeriahkan Karnival Keusahawanan Negeri Perak yang akan membuka tirainya dari 20 hingga 22 Jun ini, bertempat di Pusat Transformasi Luarbandar (RTC) Gopeng.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Nizar Zakaria, karnival itu dianjurkan sempena Minggu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 2014 yang diraikan di seluruh negara bermula dari 21 hingga 27 Jun dengan anjuran bersama SME Corporation Malaysia.

“Tema karnival PKS 2014 iaitu ‘Mula Berdikit, Azam Melangit’ bakal memberi gambaran mengenai usaha para usahawan yang bermula dari peringkat bawah hingga meningkat naik melalui usaha serta komitmen yang tinggi,” katanya.

Jelasnya lagi, karnival yang dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam itu bakal dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

“Pelbagai aktviti bakal berlangsung untuk menghimpunkan dan mengiktiraf golongan usahawan yang berjaya beradaptasi dengan lingkungan dalam menjana ekonomi negara,” katanya dalam satu sidang media di Ipoh, hari ini.

Katanya lagi, segelintir daripada usahawan tempatan sudah membuktikan kejayaan mereka melalui pemasaran produk di peringkat global.

“Pendekatan dengan cara ini perlu diketengahkan supaya masyarakat dapat mengenali produk PKS lantas berupaya menyuntik semangat usahawan serta melahirkan lebih ramai usahawan muda,” ulasnya lagi.

Kerajaan negeri katanya, sentiasa menggalakkan usahawan PKS supaya lebih bersaing dan terus berkembang mencari tapak pasaran yang lebih kukuh.

Karnival usahawan kali ini katanya, bakal diisi dengan pelbagai aktiviti di setiap daerah di Perak iaitu sebanyak 158 aktiviti di seluruh negara dengan 19 aktiviti daripadanya berlangsung di Perak.

“Seminar, ceramah bengkel bicara niaga, forum perdana, senamrobik dan pertandingan memasak antara aktiviti menarik yang bakal berlangsung sepanjang tempoh tiga hari karnival itu langsung.

“Saya harap agar rakyat dapat mengunjungi RTC Gopeng secara berama-ramai bagi memeriahkan karnival ini yang secara tidak langsung dapat membantu dan memberi nilai tambah dalam mempromosikan produk PKS,” ulasnya lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");