Sukan Hari Ini

Kemenangan bermaruah TRW

azman ibrahim

KEMENANGAN bermaruah di gelanggang sendiri ketika menentang Selangor semalam menyaksikan pemain-pemain The Red Warriors (TRW) kini semakin hampir dalam mencuri tempat bagi memastikan pasukan itu berada dalam status pasukan keempat teratas juara liga musim ini.

Malah TRW mempamerkan kekuatan sendiri pasukan apabila beraksi tanpa dua pengemudi utama iaitu Ketua Pasukan, Mohd Badri Radzi (Piya) dan Jurulatih, George Boateng selain beberapa tonggak utama yang disimpan akibat kecederaan dan pergantungan perlawanan.

Namun ia tidak menggoyahkan pasukan pahlawan merah bagi berhadapan dengan anak didik Mehmed Durakovic kerana masing-masing telah dibekalkan dengan percaturan taktikal dan juga pemilihan pemain yang cukup kemas dalam memantapkan lagi kedudukan pasukan sewaktu bertemu dengan Selangor.

Perkara tersebut turut diakui Pengurus Pasukan, Azman Ibrahim yang menganggap kemenangan itu bukanlah satu perkara mudah dan pujian harus diberikan kepada kesebelasan utama dan pemain-pemain simpanan yang bekerja keras dalam memastikan kemenangan memihak kepada TRW.

“Mereka begitu komited dan bermain dengan baik sekali malam ini, walaupun kita dapat tengok ada beberapa pemain lagi yang masih keletihan selepas beraksi dengan Pahang sebelum ini, tapi dengan disiplin yang ditunjukkan dalam padang dibantu dengan arahan-arahan yang telah diberikan jurulatih (Boateng) yang disasarkan melalui penolong-penolong jurulatih, mereka berjaya peroleh kemenangan.

“Saya rasa memang inilah persembahan yang harus kita rasa bersyukur, walaupun pada saya mungkin bukan persembahan yang terbaik yang ditunjukkan pemain-pemain pasukan Kelantan, tetapi yang paling pentingnya ialah keputusan menang 2-0, kemenangan yang memang kita nanti-nantikan,”katanya kepada media kelmarin.

Mengulas kecederaan yang dialami tonggak pertahanan TRW, Farisham Ismail yang didakwa disiku salah seorang pemain pihak lawan sehingga mengalami pendarahan hidung, Azman berkata, perkara tersebut tidak seharusnya berlaku dalam sesebuah perlawanan bola sepak selain turut bertegas akan meneliti kembali rakaman perlawanan dan mendapatkan maklumat selanjutnya sebelum membuat sebarang keputusan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");