Perak Hari Ini

R&R Akan Diwarta Zon Bebas Rokok Hujung Tahun Ini

Kawasan berbumbung dan tertutup di sekitar kawasan Rawat dan Rehat (R&R) di sepanjang lebuh raya akan diwartakan sebagai kawasan bebas rokok selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata ia membabitkan kawasan dalam lingkungan 300 meter dari R&R kecuali tempat meletak kereta dan kenderaan berat.

Menurut beliau lagi, sebelum ini, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan pihak yang berkenaan untuk mewartakan kawasan tertutup di semua kawasan R&R sebagai kawasan bebas merokok.

“Kita telah juga melihat kepada keperluan di seluruh kawasan R&R di sepanjang lebuhraya agar kawasan yang tertutup seperti tempat makan dan tandas akan bebas rokok,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program Hari Tanpa Tembakau Sedunia di Mydin Meru Raya dekat Ipoh, hari ini.

Turut hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Perak, Datuk Mah Hang Soon dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Seri SK Devamany.

“Baru-baru ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah bersetuju kawasan pejalan kaki yang berbumbung sepanjang kira-kira 23 kilometer (KM) diisytiharkan sebagai kawasan bebas rokok,” katanya.

Pihaknya juga akan melaksanakan penguatkuasaan terhadap peraturan yang telah ditetapkan, tegas beliau lagi.

“Kita juga akan meningkatkan usaha penguatkuasaan melalui agensi-agensi di bawah kementerian dan agensi lain seperti pihak berkuasa tempatan yang boleh membantu agar segala peraturan yang dikuatkuasakan ini dipatuhi,” katanya.

Berdasarkan kajian ekonomi kesihatan yang dilakukan di Malaysia, kerajaan menanggung sepenuhnya kos rawatan sebanyak lebih RM3 bilion bagi tiga jenis penyakit utama akibat merokok.

Antara penyakit akibat merokok adalah penyakit jantung koronari dengan kos sebanyak RM545 juta setahun, kanser paru-paru (RM131 juta) dan penyakit paru-paru kronik sebanyak RM2.2 bilion.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");