Jenayah

Kera buka peti ais ambil makanan

anggota perhilitan

SEBERANG TEMERLOH – Kehadiran ratusan kera liar di beberapa kampung sekitar Seberang Temerloh sejak beberapa tahun lalu dibimbangkan boleh mengancam keselamatan penduduk terutama sekali apabila haiwan itu mula berani masuk ke rumah dan membuka peti ais mencari makanan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bangau Parit Fadhli Dzulkarnain berkata, kehadiran kera liar di kawasan tersebut memang sudah berlarutan sejak beberapa tahun lalu namun sejak dua tahun kebelakangan ini jumlahnya semakin bertambah.

Menurutnya, ada beberapa kes rumah penduduk kampung yang kerap dimasuki kera liar malah lebih mengejutkan ada satu dua kes di mana haiwan itu mampu membuka peti ais untuk mengambil makanan.

“Kehadiran kera liar ini semakin membimbangkan kerana ia mula memasuki rumah mencari makanan dan mengambil apa sahaja barangan yang ada di dapur termasuk telur ayam.

“Apa yang kami membimbangkan kera liar ini akan mengancam penduduk kampung terutama sekali kanak-kanak seperti yang berlaku di kawasan lain,” katanya.

Beliau ditemui semasa bersama 20 anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan Rela serta penduduk kampung membasmi musuh tanaman itu di sini semalam.

Fadhli berkata, dalam buruan selama enam jam itu lebih 150 kera liar ditembak sekali gus berjaya mengurangkan kehadiran haiwan itu di kawasan kediaman penduduk.

Beliau berkata, kehadiran kera liar itu juga menyebabkan penduduk kampung yang bertani dan mengusahakan ternakan ikan sangkar juga mengalami kerugian.

Menurutnya, kera liar ini akan merosakkan tanaman yang baru ditanam selain mencuri palet atau makanan ikan pengusaha ikan sangkar.

“Kami ucapkan terima kasih kepada Perhilitan dan Rela yang prihatin dengan aduan kami selain penghargaan kepada Ketua Umno Bahagian Temerloh yang menyediakan peruntukan kewangan untuk membeli peluru,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");