Berita Hari Ini

Keupayaan Malaysia kekalkan toleransi kaum teras utama kejayaan

datuk najib razak

LAMBIR(Miri): Keupayaan Malaysia mengekalkan toleransi kaum adalah teras utama kejayaan pembangunan negara ini, terutama dalam konteks ekonomi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata keupayaan negara mengekalkan sosial harmoni turut menjadikan Malaysia sebagai model contoh di kalangan negara luar.

“Sarawak merupakan contoh terbaik dalam dari segi sosial harmoni di kalangan rakyat yang tersiri dari pelbagai etnik dan sub-etnik.

“Ini menyumbang kepada kestabilan politik, seterusnya memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan dan pembangunan berterusan, yang nikmatnya turut dikecapi rakyat,” katanya.

Beliau berucap pada Rumah Terbuka 1 Malaysia Gawai Dayak di Rumah Panjang Jarek Klambu, di sini sebentar tadi.

Katanya, keunikan Barisan Nasional (BN) yang mewakili kepentingan pelbagai kaum di negara turut menyumbang kepada kestabilan politik dan keharmonian negara.

“BN telah membuktikan keupayaanya dalam memacu kemajuan negara. Kita kini berada di landasan cukup kukuh, namun jangan sesekali kita leka dengan nikmat ini dan perlu menjadikannya dorongan untuk mencipta kejayaan lebih besar,” katanya.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");