Isu Panas

Khalid enggan undur walau tewas

khalid ibrahim

PELABUHAN KLANG – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak akan berundur sebagai Menteri Besar Selangor walaupun tewas dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR dan didesak pelbagai pihak.

Beliau menegaskan, tidak akan sebarang syarat mengatakan bahawa beliau perlu melepaskan jawatannya itu sekiranya tewas dalam pemilihan parti.

“Itu tidak perlu. Tidak ada dalam syarat sekiranya kalah maka seseorang perlu mengakhiri tugasnya. Jika kamu memegang jawatan yang sudah dilantik, kamu masih lagi perlu menjalankan tanggungjawab itu sehingga pilihan raya akan datang,” katanya selepas Majlis
Sumbangan Kepada Fakir, Miskin, Anak Yatim dan Masjid, Surau di Pulau Indah, semalam.

Abdul Khalid berkata, selain jawatan Menteri Besar, beliau juga akan terus melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Adun Pelabuhan Klang dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Pada masa yang sama, beliau menggesa Jawatankuasa Pemilihan Parti PKR (JPP) membuat pengiraan semula undi bagi jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor.

Abdul Khalid sebelum ini tewas kepada Manikavasagam pada pemilihan itu.

Beliau berkata, hal itu adalah atas permintaan penyokongnya yang tidak mungkin berpuas hati dengan kemenangan  Manikavasagam.

“Atas permintaan, kita akan buat bantahan dan melihat borang supaya ada kesahihan berlaku perkara tidak diingini,” katanya.

Mengulas lanjut dakwaan beberapa pihak yang terdapat wujudnya sabotaj dalam pemilihan itu, Abdul Khalid berkata, beliau tidak mahu membuat sebarang tuduhan.

Sementara itu, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, kedudukan menteri besar bukan agenda atau milik peribadi tetapi merupakan keputusan bersama parti itu dan PR dan mendapat perkenan Sultan Selangor.

“Saya rujuk beberapa kenyataan yang dibuat baru-baru ini mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor. Saya menegaskan bahawa semua Adun  dan pimpinan parti harus menghormati peraturan dan tatasusila berkaitan isu ini,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");