Jenayah

Kosmetik popular tiruan dirampas

kosmetik tiruan

KUALA LUMPUR – Pelbagai produk kosmetik jenama popular dipercayai tiruan yang boleh memudaratkan kesihatan dirampas Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan dalam satu serbuan di enam premis di ibu kota, Selasa lalu.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Rosli Ahmad berkata, produk kosmetik berkenaan jika digunakan boleh mendatangkan masalah pada kulit dan bibir.

“Hasil risikan selama sebulan, premis terbabit dijadikan sebagai lokasi pemborong produk kosmetik tiruan itu, sebelum dipasarkan kepada peruncit di sekitar ibu kota dengan harga dua kali ganda murah daripada produk asli,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya merampas 42,717 unit produk terbabit yang dianggarkan bernilai RM431,715 dalam serbuan kira-kira jam 11 pagi.

Kosmetik yang dirampas termasuk gincu, pembayang mata, glos bibir, minyak wangi dan pensil bibir.

Menurut Rosli, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap penjual barangan tiruan.

“Saya menasihati kepada pengguna jangan membeli barangan kosmetik tiruan kerana ia tidak ada jaminan dari segi kesihatan, malah boleh memudaratkan diri,” katanya.
Kes itu mengikut Seksyen 8 (2) Akta Perihal Dagangan 2011.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");