Sukan Hari Ini

Krisis England

krisis england

HAJAT juara edisi 1966, England mahu meratah pasukan Itali pada aksi pembukaan Kumpulan D pada Ahad ini mungkin tidak kesampaian kerana beberapa pemainnya dihantui krisis kecederaan.

Penyerangnya, Danny Welbeck alami kecederaan pada bahagian kaki ketika sesi latihan manakala Wayne Rooney bergelut dengan prestasi apabila belum meledak gol dalam lapan penampilan di Piala Dunia sejak 2006.

The Three Lions turut kehilangan Alex Oxlade-Chamberlain akibat cedera lutut sekali gus memberikan tamparan cukup hebat kepada pengendalinya, Roy Hodgson bagi mengharungi kempen piala dunia kali ini.

Kapten pasukan, Steven Gerrard dilaporkan turut berdepan krisis kecederaan apabila cedera pangkal paha, namun segera dinafikan Hodgson.

Terbaharu, bintang Arsenal, Jack Wilshere mungkin tidak berada dalam kesebelasan utama kerana belum menunjukkan kemampuan terbaik untuk memikat hati staf kejurulatihan.

Seperkara yang membelenggu kem England adalah perlu beraksi cuaca panas dengan suhu mencecah 40 darjah celcius pada waktu tengah hari di Arena Amazonia di Manaus.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");