Membawang Hari Ini

Kualiti suara J.Lo mengecewakan

LEITTE (kanan), Pitbull (tengah) dan Lopez tersenyum pada majlis pembukaan pusingan akhir bola sepak Piala Dunia 2014 di Arena Corinthians, Sao Paulo kelmarin. Reuters:-

SAO PAULO, Brazil – Ramai peminat bola sepak di Arena Corinthians di sini kelmarin dapat menikmati nyanyian lagu tema Piala Dunia 2014 yang dipersembahkan penyanyi terkenal, Jennifer Lopez, Pitbull dan Claudia Leitte.

Namun, para peminat yang menonton persembahan mereka menerusi televisyen di rumah-rumah di negara ini hampa apabila mereka mendengar kualiti suara lemah daripada ketiga-tiga penyanyi tersebut.

Lopez yang juga popular dengan panggilan J.Lo menyanyi lagu rasmi yang berjudul We Are One (Ole Ola).

Bagaimanapun, para peminat yang menonton siaran langsung itu mendapati, suara Lopez, penyanyi rap dari Amerika Syarikat, Pitbull dan Leitte yang merupakan penyanyi tempatan tidak dapat didengari dengan jelas.

Satu sumber stesen ITV di United Kingdom yang menyiarkan siaran langsung itu menyatakan, ia tidak mempunyai kawalan berhubung tahap bunyi lagu tersebut.

“Masalah bunyi itu yang menyebabkan para penonton berasa tumpuan mereka terganggu amat dikesalkan dan ia berpunca daripada isu teknikal dengan pihak penyiaran yang menyediakan liputan mengenai Piala Dunia,” kata sumber tersebut.

Ratusan pengguna memberikan komen negatif mengenai bunyi yang lemah di media sosial.

“Ini mungkin bunyi nyanyian seperti dari angkasa lepas,” kata seorang pengguna laman sosial Twitter, Philip Hay.

Seorang lagi pengguna di laman tersebut, Mike Norman berkata: “Ini merupakan majlis pembukaan yang amat dahsyat. Kualiti bunyi yang amat lemah atau adakah ia disebabkan oleh televisyen saya?”

Menurut seorang lagi pengguna di laman tersebut, Ibrahim Salha: “Persembahan itu kucar-kacir.”

Pusingan akhir bola sepak Piala Dunia 2014 berlangsung di 12 buah lokasi di Brazil yang bermula kelmarin dan akan berakhir pada 13 Julai depan.

– Agensi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");