Berita Hari Ini

Labah-labah tangkap, makan ikan

SEEKOR labah-labah dirakam sedang makan ikan yang ditangkapnya:-

LONDON – Labah-labah lazimnya memakan serangga tetapi saintis mendapati pemangsa berkaki lapan itu turut membunuh dan memakan ikan, lapor sebuah akhbar Britain baru-baru ini.

Laporan mengenainya yang disiarkan jurnal PLOS ONE menyatakan, saintis-saintis telah merekodkan lebih 80 kejadian labah-labah separa akuatik itu menangkap dan memakan ikan kecil di sungai.

Spesies berbisa itu juga mampu membunuh ikan yang lima kali ganda lebih besar daripada saiznya.

Labah-labah pemakan ikan boleh ditemui di setiap benua di dunia kecuali Antartika.

– Agensi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");