Membawang Hari Ini

Lagi korupsi Z Storm sarat aksi

z storm

KISAH berkaitan korupsi, dunia kepolisan, korporat, barangkali sudah biasa kita lihat lebih-lebih lagi dalam filem Hong Kong.

Namun biarpun menampilkan genre yang hampir sama, setiap filem yang dipaparkan pasti mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Begitu juga dengan filem terbaru arahan David Lam ini. Menampilkan barisan pelakon ternama diterajui Louis Koo, Gordon Lam, filem ini juga turut dibarisi pelakon hebat lain seperti Dada Chan Ching, Janelle Sing, dan Michael Wong.

Filem ini mengisahkan tentang konflik yang berlaku di antara Badan Pencegah Rasuah Hong Kong dan siri penyiasatan mereka tentang wang dana terkumpul yang melibatkan skim tertentu yang dipercayai telah disalah guna oleh pihak-pihak tertentu.

Biarpun tanpa kejutan dari segi jalan ceritanya, namun filem ini cukup menyerlah dan memberi rasa keterujaan dari segi aksi-aksinya.

Barangkali itulah yang menjadi kelebihan untuk filem-filem aksi Hong Kong kerana mereka cukup menyerlah dari sudut filem aksi termasuk dari sudut teknikal, terutamanya dari sudut gerak kerja kamera.

Apatah lagi, dengan selingan hampir 70 peratus babak aksi di dalam filem ini akan membuatkan penonton merasa tidak senang duduk dengan aksi-aksi yang dipaparkan.

Bukan sahaja dari sudut berlawan, tetapi juga ada beberapa aksi mencemaskan dengan perlumbaan kereta, kejar mengejar dan sebagainya.

Boleh di baca

Hanya yang kurang menarik pada pandangan penulis adalah perjalanan filem yang boleh di baca dengan mudah mengenai siapa dalang dan apa kesudahan filem ini.

Namun dari sudut positifnya adalah, bagaimana kita melihat masalah rasuah yang semakin kronik berlaku tidak kira di mana-mana negara dan dalam apa juga pekerjaan.

Gandingan menyerlah

Meletakkan Louis Koo dan Gordon Lam selaku teraju utama pada pandangan penulis sebagai satu pilihan yang cukup tepat.

Apatah lagi, masing-masing sudah mempunyai pengalaman luas dalam filem seumpama ini membuatkan Z Storm seolah-olah filem makanan mereka.

Dengan penghayatan yang cukup berkesan, serta aksi yang mantap (kerana kedua-dua mereka sudah berusia), membuatkan mereka berjaya mengemudi filem ini dengan baik.

Justeru bagi anda yang merupakan peminat setia filem aksi, atau peminat setia Louis atau Gordon, jangan lupa menyaksikan filem yang sudah berada di pawagam semenjak Khamis lalu.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");