Jenayah

Lari tinggalkan kereta

tinggal kereta

BANDARAYA MELAKA – Seorang pemandu kereta bertempiaran lari sebaik saja menyerahkan lesen memandunya kepada polis untuk diperiksa pada sekatan jalan di Jalan Pulau Gadong, dekat sini, semalam.

Tindakan lelaki berusia 24 tahun itu turut menyebabkan dua penumpang dalam kereta jenis Toyota Estima dipandunya, terpinga-pinga kehairanan.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, lelaki terbabit melarikan diri meninggal kereta milik majikannya kerana khuatir ditahan dalam Ops Waran Tangkap (Ops Warta) semalam, berikutan pemeriksaan polis mendapati dia mempunyai beberapa rekod jenayah lampau termasuk kes dadah.

Pegawai Turus Trafik negeri, Deputi Superintendan Mohd Sham Abdullah berkata, selepas menghilang diri, lelaki itu tidak muncul-muncul menyebabkan kereta itu kemudian dipandu salah seorang penumpang wanita yang merupakan majikan kepada lelaki terbabit.

“Dalam operasi yang dilakukan di dua lokasi dalam dua tempoh berbeza ini, kita turut menahan enam lelaki berusia 20 hingga 40 tahun yang mempunyai 10 waran tangkap.

“Mereka ditahan dalam operasi yang terdahulu dijalankan di Lebuh Alor Gajah – Melaka Tengah – Jasin (AMJ) dekat Balai Panjang bermula jam 10.30 pagi, sebelum di Jalan Pulau Gadong kira-kira 2.30 petang,” katanya di sini, semalam.

Menurut Mohd Sham, operasi yang dilakukan bagi menguatkuasa Ops Warta itu disertai 23 anggota termasuk empat pegawai dari Unit Trafik daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin selain Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

“Mulai esok (hari ini) kita akan membuat serahan Notis Pemberitahuan Waran Tangkap terus ke rumah atau peti surat dan ia membabitkan pengeluaran 1,500 waran tangkap terhadap saman bagi dalam tempoh dua tahun bermula 2013,” katanya.

Beliau berkata, penyerahan notis juga dilakukan terhadap individu yang berasal atau menetap di Melaka tetapi melakukan kesalahan trafik di negeri lain.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");