Jenayah

Lelaki maut disyaki terjun tingkat tujuh

tahanan mati

Bayan Lepas: Seorang lelaki yang kerap bercakap sendirian ditemui mati selepas disyaki terjun dari sebuah pangsapuri di Sungai Ara, di sini, pagi ini.

Kejadian berlaku pada jam 4 pagi apabila mangsa dikenali sebagai Tan Lih Eng, 41, yang bekerja sebagai pembantu kedai perabot dikatakan terjun dari tingkat sembilan melalui bilik tidur.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin berkata, siasatan mendapati pangsapuri berkenaan mempunyai 10 tingkat dan mangsa dipercayai terjun dari rumahnya di tingkat sembilan.

Beliau berkata, mangsa terjun melalui bilik tidur utama rumahnya dan ketika diperiksa rumah berkenaan tiada mempunyai sebarang jeriji keselamatan.

Katanya, hasil siasatan yang dilakukan termasuk keterangan isteri mangsa berusia 30-an memberitahu ketika kejadian berlaku dia sedang tidur.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");