Jenayah

Lelaki maut kenderaan dipandu terbabas

lelaki maut

PASIR GUDANG – Seorang pemandu kereta jenis Perodua Viva maut selepas terbabas di Jalan Pekeliling Pasir Gudang berdekatan simpang tiga Kilang Malaysia Marine and Heavy Engineering (MMHE), di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Abdul Samad Salleh berkata, kemalangan kira-kira jam 7.30 pagi itu dipercayai berlaku apabila kereta dipandu mangsa, Fadzir Abdullah, 37, hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di pembahagi jalan.

Menurutnya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

“Mangsa seorang pekerja kilang dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Pasir Gudang dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat,” katanya.

Abdul Samad berkata, kereta mangsa rosak teruk pada  bahagian depan dan sebelah kanan.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");