Perak Hari Ini

MAAP Gesa Tindakan Tegas Diambil Terhadap Chow Jack

Satu laporan polis dibuat berhubung tindakan biadap oleh seorang pemuda berbangsa Cina yang bertindak menulis kenyataan berbaur perkauman di lawan sosialnya baru-baru ini.

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Majlis Ayahanda-Ayahanda Perak (MAAP) tampil membuat laporan polis berhubung perkara tersebut di Balai Polis Batu Gajah sekitar jam 4 petang tadi.

Sekitar 30 ahlinya berhimpun secara aman untuk menyatakan bantahan keras terhadapan tindakan pemilik laman sosial berkenaan tersebut sejurus selepas laporan polis dibuat.

Menurut  Ketua Penerangan MAAP, Datuk Halim Ramlee, tindakan tersebut merupakan perbuatan biadap yang menghina agama Islam, masyarakat Melayu dan institusi Raja-raja Melayu.

“Itu tindakan biadap seorang manusia yang telah mengeluarkan kata-kata kesat kepada Nabi Muhammad SAW, raja-raja Melayu dan agama Islam,” katanya.

Jelasnya lagi, tindakan yang diambil MAAP itu mengikut saluran undang-undang.

“Kami menggesa agar pihak berwajib mengambil tindakan segera terhadap individu tersebut sebelum ia menimbulkan masalah yang lebih besar kerana menghina agama kaum lain.

“Jika tiada tindakan susulan diambil, kami mahu saluran undang-undang digunakan terhadap individu tersebut,” ulasnya lanjut.

Pada 1 Jun lalu, sebuah akaun Facebook berdaftar di atas nama Chow Jack telah menulis berunsurkan perkauman dengan menyatakan penghinaan terhadap agama Islam.

“Selamat menyambut hari syaitan aidilfitri pada 28 July 2014 dan sebulan puasa makan babi hingga sebulan pada 28 jun 2014 – 27 July 2014 selamat menyambut hari syaitan daripada Facebook Malaysia. Makan bak kut teh sama nabi mohd syaitan anjing pukimak anjing syaitan,” katanya dalam laman sosial berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");