Berita Hari Ini

Majikan wajib ambil pekerja asing tiba di lapangan terbang dalam 24 jam

zahid 1

SEPANG: Berkuatkuasa serta merta, semua majikan diwajibkan mengambil pekerja asing mereka yang tiba di lapangan terbang seluruh negara dalam masa 24 jam, berbanding tempoh 72 jam yang diberikan sebelum ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata jika majikan gagal berbuat demikian, pekerja asing itu akan dihantar pulang, selain majikan berkenaan akan disenarai hitamkan oleh Jabatan Imigresen.

Zahid berkata, peraturan baru itu bertujuan mengelakkan kesesakan di lapangan terbang, selain menjaga imej pintu masuk negara.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika melawat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di sini, sebentar tadi.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");