Berita Hari Ini

Maklumat bocor: Kenakan tindakan paling tegas

KOTA KINABALU – Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye menggesa agar tindakan paling tegas dikenakan kepada mereka yang bertanggungjawab terhadap kebocoran maklumat yang menyebabkan perairan Sabah diceroboh.

Katanya tindakan tegas itu diharap dapat mengekang masalah daripada berulang.

“Namun kami percaya majoriti anggota pasukan keselamatan kita berdedikasi dan melaksanakan tugas menjaga keselamatan kita dengan penuh tanggungjawab. Mereka yang terlibat dalam kebocoran maklumat itu mungkin hanya segelintir,” katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa kebocoran maklumat penting dan rasuah membabitkan anggota pasukan keselamatan merupakan kelemahan utama yang menyumbang kepada pencerobohan perairan Sabah baru-baru ini.

Sekalipun menyifatkan kenyataan Hishammuddin itu sebagai suatu yang serius, Lee berharap perkara tersebut tidak akan melemahkan semangat anggota pasukan keselamatan yang selama ini berkorban nyawa demi mempertahankan negara.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");