Perak Hari Ini

Masyarakat Orang Asli Sambut Positif Lawatan PGA Ulu Kinta

Oleh Norsadrina Ismail:-

Masyarakat Orang Asli Kampung Tonggang Mukim Ulu Kinta menyambut baik usaha Briged Utara Pasukan Gerakan (PGA) Ulu Kinta yang menganjurkan majlis suai-kenal secara lebih dekat bersama penduduk hari ini.

Menurut Tok Batin Kampung Tonggang, Che Wan Alang, majlis yang dianjurkan itu dapat memberi pendedahan kepada masyarakat orang Asli berkaitan pelbagai maklumat semasa.

“Saya ingin menyarankan penduduk di sini terutamanya golongan muda agar menyertai PGA di masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, menurut Komander Briged Utara, Datuk Ahmad Sofian Md Yassin, program yang julung-julung kali dianjurkan pihaknya itu bertujuan mendekatkan lagi hubungan antara pasukan polis dan masyarakat.

“Ini adalah usaha kita untuk mendekati masyarakat dan saling bekerjasama dalam menjaga keamanan negara,” katanya.

Katanya lagi, program itu juga merupakan titik permulaan untuk diteruskan pada masa hadapan.

Sementara itu, menurut salah seorang penduduk kampung yang ditemui, Junaimi Dollah, 37, program itu memberi peluang kepada masyarakat Orang Asli untuk terlibat sama dalam mempertahankan negara.

“Arwah ayah saya dahulu bekas konstabel polis Orang Asli dan saya berharap anak saya akan mengikut jejak langkahnya kelak,” katanya.

Manakala menurut Rohana Uda, 31, program seumpama itu perlu dianjurkan dengan lebih kerap di masa akan datang.

“Program ini memang cukup baik dan saya harap ianya akan terus dilaksanakan,” katanya ringkas.

Program ramah mesra Briged Utara PGA bersama komuniti Orang Asli diadakan untuk merapatkan hubungan antara kedua-dua belah pihak selain menyampaikan sumbangan pakaian kepada penduduk kampung tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");