Jenayah

Maut lepas tonton bola

mati kemalangan

IPOH – Kegembiraan sembilan sahabat pulang menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut setelah motosikal ditunggang merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 265 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran terowong Menora, kira-kira jam 5.10 pagi, semalam.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ipoh, Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, mangsa, Muhammad Zaki Amir, 18, menunggang motosikal Yamaha RXZ berkonvoi bersama lapan rakannya untuk pulang ke Kuala Kangsar selepas menonton perlawanan bola sepak di Ipoh.

Bagaimanapun menurutnya, mangsa merempuh belakang sebuah treler yang bergerak perlahan di kiri laluan.

“Rempuhan itu menyebabkan mangsa parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");